Pembentukan Bumi : Kajian Sains
Proses pembentukan planet Bumi merupakan satu proses yang amat panjang. Kini, Bumi merupakan satu-satunya planet di sistem suria yang sesuai didiami oleh manusia. Namun begitu, keadaan di bumi dahulu tidak sama seperti yang kita lihat sekarang berbanding pembentukannya 4.6 billion tahun dahulu. Bukti-bukti saintifik menunjukkan bahawa di usia awal pembentukan planet ini, bumi tidak sesuai didiami oleh mana-mana kehidupan.
Hal ini kerana di awal pembentukannya, bumi adalah seperti padang jarak padang tekukur. Keadaan yang amat panas menyebabkan batuan di bumi sentiasa mengalir seperti lava. Manakala, ruang udara bumi ketika itu tidak mempunyai gas oksigen tetapi didominasi oleh gas-gas seperti metana, karbon monoksida dan karbon dioksida. Pada masa itu juga Bumi tidak memiliki sebarang lautan.
Pelanggaran Planet
Bumi purba atau Proto-Earth merupakan nama bumi pada kira-kira 4.5 billion tahun dahulu. Pada masa itu Bumi berada pada fasa terakhir pembentukan planet bersamaan dengan sebuah planet kecil yang diberi nama Theia yang dalam proses akhir pembentukan planet tersebut. Hukum astrofizik menyatakan bahawa planet-planet tidak boleh berkongsi orbit yang sama kerana tarikan graviti akan menyebabkan planet bertembung atau berlanggar. Jika pekanggaran berlaku, planet yang lebih besar sentiasa menang manakala planet lebih kecil akan mengalami kerosakan yang sangat teruk.
Satu pelanggaran yang dahsyat antara planet Bumi dan planet Theia pada 4.5 billion tahun dahulu telah menyebabkan sebahagian besar planet Theia dan permukaan bumi hancur berkeping-keping. Pelanggaran tersebut telah menyebabkan sebahagian besar batuan planet Theia telah bergabung dengan planet Bumi purba menyebabkan saiz Bumi besar seperti sekarang. Manakala, sebahagian lagi telah hangus terbakar dan tercampak ke ruang angkasa lepas. Kepingan-kepingan yang tidak hancur berkumpul di suatu tempat hasil daripada tarikan graviti dan menjadi bulan. Pelanggaran tersebut juga telah menyebabkan pajsi BUmi condong ke kedudukannya sekarang dan permukaan Bumi pada ketika itu kelihatan hitam dan merah jika dilihat dari angkasa lepas.
Selepas pelanggaran yang dahsyat tersebut, Bumi tidak mengalami banyak perubahan akan tetapi bulan telah memenuhi langit malam. Teori ada mengatakan bahawa jarak Bumi dan bulan masa itu adalah sangat dekat.
Muhd Syahmi (02DGU24F1022)
Penbentukan Laut
Haba yang terhasil akibat pelanggaran antara Bumi dengan planet Theia dibebaskan ke ruang angkasa lepas dengan sangat perlahan. Namun, pada kira-kira 3.8 bilion tahun dahulu, suhu bumi mula menyejuk. Hal ini menyebabkan wap air mula terkondensasi untuk membentuk awan. Ada teori yang menyatakan wap air ini mula terperangkap di dalam kawasan atmosfera bumi dan hujan mula turun membasahi permukaan yang tandus. Hal ini berkelanjutan sehingga berkurun lamanya. Pada akhirnya,air yang terkumpul di kawasan rendah mula membentuk lautan pertama di bumi pada 3.8 bilion tahun dahulu. Bumi yang dahulu hitam kini mula kelihatan kebiru-biruan.




Comments
Post a Comment