Posts

Showing posts from February, 2025

Kesimpulan

Image
     Pembentukan bumi telah lama menjadi perbincangan dalam agama dan sains. Al-Quran menjelaskan bahawa alam semesta bermula dari satu jisim yang kemudian terpisah, seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30. Hal ini selari dengan teori Big Bang yang dikemukakan oleh saintis moden. Selain itu, dalam Surah Fussilat ayat 9 hingga 12, Al-Quran menyebut penciptaan bumi berlaku secara berperingkat, sepadan dengan teori sains yang menyatakan bumi terbentuk melalui penggumpalan gas dan debu kosmik selama berjuta-juta tahun. Al-Quran juga menegaskan kepentingan air dalam kehidupan, seperti dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30, yang menyatakan bahawa segala yang hidup berasal dari air. Sains turut membuktikan bahawa kehidupan di bumi bermula dalam air dan air adalah elemen penting bagi semua makhluk hidup. Walaupun terdapat persamaan antara Al-Quran dan sains, terdapat juga perbezaan dalam pendekatan. Sains menerangkan pembentukan bumi melalui hukum fizik dan kimia, manakal...

Pembentukan Bumi : Kajian Sains

Image
  Proses pembentukan planet Bumi merupakan satu proses yang amat panjang. Kini, Bumi merupakan satu-satunya planet di sistem suria yang sesuai didiami oleh manusia. Namun begitu, keadaan di bumi dahulu tidak sama seperti yang kita lihat sekarang berbanding pembentukannya 4.6 billion tahun dahulu.  Bukti-bukti saintifik menunjukkan bahawa di usia awal pembentukan planet ini, bumi tidak sesuai didiami oleh mana-mana kehidupan. Hal ini kerana di awal pembentukannya, bumi adalah seperti padang jarak padang tekukur. Keadaan yang amat panas menyebabkan batuan di bumi sentiasa mengalir seperti lava. Manakala, ruang udara bumi ketika itu tidak mempunyai gas oksigen tetapi didominasi oleh gas-gas seperti metana, karbon monoksida dan karbon dioksida. Pada masa itu juga Bumi tidak memiliki sebarang lautan. Pelanggaran Planet Bumi purba atau Proto-Earth merupakan nama bumi pada kira-kira 4.5 billion tahun dahulu. Pada masa itu Bumi berada pada fasa terakhir pembentukan planet bersamaan de...

Pembentukan Bumi : Menurut Al-Quran dan Islam

Image
 Pembentukan Bumi menurut Al-Quran dan Islam dijelaskan melalui wahyu yang terdapat dalam Al-Quran. Beberapa ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang penciptaan Bumi dan alam semesta memberikan gambaran mengenai proses pembetukan bumi seperti :-  1. Surah Al-Anbiya ayat 30 yang menjelaskan bahawa Allah menciptakan alam semesta dengan tujuan yang jelas dan melalui proses yang teratur. Maksudnya:٣٠ Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? 2. Surah Fussilat ayat 12   Maksud: Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlan...

Pengenalan Kumpulan

Image
Muhammad Furqan Bin Baharuddin (02DGU24F1048) Fahim Rasyidi Bin Kamarul Alias (02DGU24F1019) Muhammad Syahmi Bin Azli (02DGU24F1022) Afiq Farhan Bin Khairul Anuar (02DGU24F1048) Fahim Rasyidi (02DGU24F1019)

Pendahuluan : Apakah yang Dimaksudkan Dengan Bumi?

Image
Bumi merupakan  planet  ketiga daripada Matahari dalam sistem suria dan satu-satunya planet yang diketahui mampu menyokong kehidupan . Dengan permukaan yang terdiri daripada daratan dan lautan, atmosfera yang kaya dengan oksigen, serta ekosistem yang pelbagai, bumi menjadi rumah bagi berjuta-juta spesies makhluk hidup, termasuk manusia. Dalam memahami asal-usul pembentukan bumi, manusia telah menelusuri berbagai teori ilmiah yang terus berkembang seiring dengan waktu. Menariknya, beberapa konsep yang diungkapkan di dalam Al-Quran lebih dari 1400 tahun yang lalu tampak selari dengan penemuan kajian sains moden. Fahim Rasyidi (02DGU24F1019)